BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 4 November 2010

Seni

Seni secara umumnya difahami sebagai halus, cantik, rupawan, indah dan yang pasti mempunyai keperibadian yang tak terungkap oleh kata semata-mata. Seni juga dibina berdasarkan bakat atau kecekapan seseorang insan yang bergelar manusia. Syed Ahmad Jamal menilai seni dari sudut kajian sosiologi dan kemasyarakatan serta mentakrifkan seni sebagai satu titian di antara realiti yang zahir dengan yang batin. Seni memberikan rupa dan mencerminkan budaya masyarakatnya. Seni juga sebagai manifestasi pemikiran dan budaya sesebuah masyarakat. Dalam ertikata lain, seni menerangkan cara hidup sama ada dari segi berfikir, membuat keputusan, nilai-nilai baik dan buruk, kepercayaan keagamaan, tatasusila sosial, dan sebagainya. Seni adalah bersifat ekspresif kerana ia sendiri bercerita dan meluahkan perasaan, keinginan dan harapan malah ia adalah suatu yang intrapersonal keperibadiannya. Seni juga mampu untuk membicarakan, menyatakan, melukiskan mengkaryakan sesuatu yang tersirat di sebalik sesuatu yang tersurat.

0 comments: