BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 4 November 2010

Sejarah Arca


Sejarah mengatakan bahawa arca sudah digunakan sejak beribu tahun dulu dan banyak dijumpai dalam era Mesir purba yang menjadi hiasan utama taman di rumah ibadat seperti patung dan stupa. Di Greece, arca dijadikan hiasan di kebun-kebun serta kuil. Pada zaman Roman, arca banyak dibina di taman awam, taman bunga dan berhampiran kuil. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri-ciri tiga dimensi dimilikinya. Arca paling awal ditemui adalah ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8,000 Sebelum Masihi. Zaman tamadun-tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), adalah pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur iaitu David. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966). Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan-bahan buangan lain.

0 comments: