BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 4 November 2010

Jenis Binaan Laman

Batu 
Batu adalah bahan yang biasa digunakan bagi membentuk arca. Selain tahan lama dan lasak, ia juga nampak begitu asli dan tidak ternilai harga atau nilai seninya. 
Batu Pasir
Batu pasir menjadi antara bahan penting dalam penghasilan arca taman selain ia juga agak lembut yang membolehkan ia mudah diukir.
Marmar
Adalah batu berkilat yang cantik dan boleh didapati dalam pelbagai warna. Ia juga nampak berkilat malah permukaannya juga memantulkan cahaya.
Konkrit
Binaan daripada simen yang paling popular untuk membina arca, selain murah. Namun, tidak tahan lasak seperti batu.
Besi dan keluli
Besi menjadi kegemaran peminat arca laman dan bahan tradisi untuk membuat pagar hiasan dan pintu. Bukan saja tahan lasak, malah beli dan keluli juga mudah dicat walaupun ia mudah karat. Keluli dan aluminium pula biasanya menjadi arca hiasa comel untuk laman.
Tembaga
Tembaga adalah bahan yang mudah dibentuk dan sesuai untuk apa saja bahan membuat arca dan hiasan laman. Selain tahan karat dan hakisan, tembaga juga cantik dan menarik. Warna hijau lapuk yang ada pada tembaga menyerlahkan lagi arca daripada tembaga ini.
Gangsa
Gangsa adalah bahan aloi, tembaga dan timah. Juga dikenali sebagai bahan terawal membina arca dan boleh didapati dalam warna emas keperangan, hijau lapuk juga dikategorikan sebagai bahan tahan lasak.
Timah Hitam
Bahan ini lembut tetapi berat dan tahan lama. Ia boleh dibentuk dan di patri dengan ukiran yang pelbagai dan dipercayai mula digunakan sejak zaman Roman.
Terracotta
Terracotta biasanya digunakan membuat pasu, turi atau jubin laman, namun sejak zaman kuno ia sudah digunakan sebagai bahan membina arca laman. Berasal daripada tanah liat yang dibakar dalam suhu yang rendah dan dikeringkan mempunyai warna yang cantik, namun arca daripada bahan ini biasanya mudah retak dan senang pecah.
Seramik
Banyak dijumpai dalam laman tradisional dan kegemaran ramai sebagai hiasan laman. Mempunyai warna yang pelbagai menjadikannya sentiasa cantik untuk laman.
Kaca
Kaca biasanya berkilat, berkilau, memantul dan bergemerlapan. Gabungan kaca dan cahaya menghasilkan arca yang menarik, namun bahan ini mudah pecah dan perlu diletakkan dengan berhati-hati supaya ia kekal menarik untuk laman.

0 comments: