BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 4 November 2010

Hiasan Arca

Hiasan arca yang diperbuat sama ada daripada batu, kayu dan plastik bukan lagi satu pilihan bagi penyeri laman, sebaliknya dianggap hiasan wajib bagi membangkitkan seri taman idaman. Hiasan yang dianggap jiwa laman ini juga mampu mencuri pandangan andai kena kedudukannya baik sebagai titik tumpu atau sudut bagi membangkitkan tema laman. Landskap kejur penting dalam seni hiasan laman selain pokok hiasan yang mengimbangkan laman kediaman. Arca misalnya adalah antara landskap kejur yang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini oleh pereka laman dan mereka yang meminati seni hias taman. Perkataan arca atau `sculpture´ berasal daripada bahasa Latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan mengguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut dan kebiasaannya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan dan tempat menjadi tarikan pelancong seperti di muzium. Secara umumnya, arca adalah karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas. Namun, arca juga ada ada keistimewaannya yang tersendiri. Kini, arca menjadi penghias laman yang wajib kerana sudah sinonim sebagai mercu tanda serta identiti kepada laman. Jika dulu, arca dalam taman adalah bentuk binaan seperti patung, stupa, rumah burung dan terendak lampu, terbaru arca untuk laman lebih menjurus kepada hasil seni artistik dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Namun, bagi penggemar seni laman tempatan, arca sangat kurang diketengahkan kerana ia biasanya menampilkan binaan bentuk manusia dan haiwan yang bertentangan budaya dan agama. Arca boleh menaikkan mood dan keunikan kepada laman dan dalam masa yang sama melambangkan cita rasa individu atau pemilik laman.

0 comments: